Loader
Print

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020   Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2020. Pindaan kepada peraturan-peraturan adalah kepada Peraturan 8(6) iaitu ‘jika suatu permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas habis tempoh lesen, Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen atau boleh memperbaharui tertakluk kepada pengenaan fi lewat tidak melebihi sepuluh ringgit bagi setiap hari kelewatan’. Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

PlusBaca Lagi
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

PENGAUDITAN PENGURUSAN SUMBER AIR NEGARA DI NEGERI SELANGOR OLEH JABATAN AUDIT NEGARA

Bermula daripada 18 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023 akan datang, pengauditan pengurusan sumber air negara di Negeri Selangor oleh Jabatan Audit Negara (JAN) diteruskan dengan lawatan ke tapak-tapak yang merangkumi empangan, stesen pemantauan LUAS, projek takungan alternatif hiliran dan pemegang-pemegang lesen kawalan LUAS.  Lawatan tapak ini memberi peluang kepada LUAS untuk menunjukkan praktis sebenar pengurusan sumber air di lapangan oleh LUAS berdasarkan Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IRBM). Semoga pengauditan di tapak ini dapat menjelaskan lagi situasi sebenar pengurusan sumber air negeri dan mengarahkan kepada pengukuhan serta penambahbaikan yang optimum.  

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

Tiada sebutharga/tender terkini

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram