Loader
Print
LUAS Dataset

HARI BERTEMU PELANGGAN LUAS 2022

Published at :
Modified at : 2022-11-04
Jumlah pelawat : 141
Siri Jelajah Selangor Penyayang pada kali ini, LUAS berpeluang terlibat sebagai pempamer sekaligus mengadakan Hari Bertemu Pelanggan LUAS bagi tahun 2022 yang mana bertujuan bagi menarik pengunjung untuk lebih mengenali dan berurusan dengan LUAS. Siri Jelajah Selangor Penyayang ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 29 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang bertempat di Kip Sentral, Kota Warisan, Sepang yang bertemakan ‘Kehidupan Bermartabat’.
YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor turut berkesempatan melawat reruai LUAS pada hari terakhir Jelajah Selangor yang telah disambut oleh Pengarah LUAS Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari dan kakitangan LUAS serta maskot rasmi LUAS ‘Sumaita’ (Sumber Air Kita).
Tidak lupa juga, ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung khususnya warga Sepang yang sudi meluangkan masa hadir ke reruai LUAS. Di harap pengunjung mendapat manfaat serta infomasi berguna mengenai LUAS. Jumpa lagi di siri Jelajah Selangor Penyayang pada edisi lain!
LUASLUAS
LUASLUAS
LUASLUASLUASLUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram