Loader
Print
LUAS Dataset

Kolam Alternatif Bukit Tampoi

Published at :
Modified at : 2022-06-02
Jumlah pelawat : 8017

Pengenalan

Kolam Orang Asli Bukit Tampoi ini merupakan alternatif bagi menangani krisis bekalan air yang berlaku disebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) Bukit Tampoi semasa musim kering. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana penurunan paras air sungai disebabkan ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan dan menyebabkan kadar pencairan berkurangan di dalam sungai yang seterusnya meningkatkan kadar kepekatan ammonia.

Kolam yang akan digunakan adalah dua (2) kolam yang terletak di dalam kawasan Warta Orang Asli Bukit Tampoi bersebelahan Sungai Langat berhampiran LPA Bukit Tampoi. Anggaran isipadu kolam tersebut adalah 37,500 mᶟ bagi kolam A dan 20,000 mᶟ untuk kolam B. Penggunaan Kolam A dan Kolam B sebagai sumber air alternatif akan membantu dalam menangani masalah krisis air terutamanya semasa musim kering dengan menurunkan kadar kepekatan ammonia yang menjadi faktor utama henti tugas LPA Bukit Tampoi.

LUAS

Rajah skematik Operasi Pengepaman Air Sungai ke kolam dan seterusnya ke muka sauk Loji

Tujuan Operasi Pengepaman Air Kolam Bukit Tampoi ini adalah sebagai alternatif mengelakkan henti tugas LPA berlaku dengan memastikan sumber air yang masuk ke LPA mempunyai paras ammonia yang rendah dan mematuhi Keperluan Piawaian Air Mentah iaitu tidak melebihi 1.5 mg/l.

LUAS

Pengepaman air sungai ke kolam A

LUAS

Terdapat dua (2) buah pam di Kolam B untuk kerja-kerja pengepaman ke muka sauk loji

Terdapat pembentung di antara kolam A dan kolam B sebagai penyaluran air dari kolam A ke kolam B. Kualiti air akan diuji setiap dua (2) jam oleh Unit Pengurusan Makmal dan Alam Sekitar LUAS bagi memastikan kolam takungan Orang Asli Bukit Tampoi mengandungi ammonia yang rendah untuk disalurkan kepada Loji Bukit Tampoi.

LUAS

Saluran paip pam ke muka sauk Loji Bukit Tampoi

LUAS

Air dari kolam B masuk ke muka sauk


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram