Loader
Print

Seminar Pelesenan & Caj Abstraksi Sumber Air Negeri Selangor

LUAS telah mengadakan seminar pelesenan dan caj abstraksi sumber air Negeri Selangor hari ini (18 Julai 2022) bagi memberi pemakluman berkenaan penambahbaikan pelaksanaan pelesenan dan caj abstraksi air Negeri Selangor, memperkenalkan Sistem Pelesenan Abstraksi Sumber Air (SPASA) dan bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan dari pihak berkepentingan terhadap pelaksanaan pelesenan dan caj abstraksi air Negeri Selangor. LUAS telah membangunkan sebuah sistem iaitu Sistem SPASA 2.0 di mana pemegang lesen abstraksi air boleh mengakses dan membuat permohonan lesen secara dalam talian. Seminar berkenaan turut dihadiri agensi berkepentingan seperti JPS, PBT, JMG dan wakil-wakil pemegang lesen yang berdaftar dengan LUAS.

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram